Pakar pemakanan membahagikan makanan berkhasiat kepada tiga kumpulan, iaitu kumpulan susu dan daging, kumpulan sayur dan buah-buahan serta kumpulan bijirin. Bagi menjamin badan kita mendapat khasiat yang secukupnya, kita hendaklah memilih pelbagai makanan dari tiga kumpulan makanan ini setiap hari. Kurangkan makanan yang berlemak dan berminyak. Banyakkan makanan yang membekalkan tenaga, iaitu makanan yang mengandungi karbohidrat.