1. Berikan maksud perkataan riak dalam rangkap pertama Syair Makna Riak. (2%)2. Bagaimanakah seseorang itu dikatakan riak dari segi pertuturan? (2%)3. Mengapakah seseorang itu dikatakan mensyirikkan Tuhan? (2%)4. Apakah kesan yang boleh berlaku jika seseorang itu bersifat riak? (2%)5. Sekiranya anda mempunyai seorang rakan yang bersifat riak, apakah nasihat yang akan anda berikan kepadanya. (2%)Soalan tambahan:6. Nyatakan maksud rangkap keempat dalam syair tersebut. (2%)7. Nyatakan maksud ungkapan Kasadnya hendak jadi kepala (2%)8. Berdasarkan syair ini, seseorang itu haruslah merendah diri walaupun berilmu. Berikan tiga kebaikan sekiranya bersikap merendah diri. (3%)9. Pada pendapat anda, mengapakah seseorang itu dibenci Tuhan apabila bersikap riak dalam amalannya? Berikan tiga alasan anda.