Hasil kajianku dibawa ke peringkat antarabangsa untuk diperakukan keberkesanannya walaupun pada tahap yang masih awal. Kajian ini akan aku teruskan lagi. Penemuan ini sebenarnya berkat kegigihan emak dan bapa mengusahakan tapai ubi. Bahan kajian utamaku selama ini ialah tapai ubi emak dan bapa. Kini aku menjadi pelanggan tetap tapai ubi Wak Salikon. Pada mulanya bapaku terkejut apabila kunyatakan bahawa aku mahu menempah tapainya. Selama ini dia memang tahu bahawa aku sudah muak dengan tapai ubi.