Teman,berpimpin tangan kita bersama,mencari jalur cahaya ilmu,kita tempuh onak dan duri,yang kadang tajam tertusuk di hati.Di penghujungnya kita temui,satu kejayaan hidup,tersimpul persahabatan kita,yang erat dan sebati,semadi di hati kita.Langkah kita bersatu,hati kita berpadu,menjejaki menara impian,menyusuri jalan kecemerlangan.Usahlah persahabatan ini diungkai,usah khianati sesama kita,kerana ada bahagia menanti,sebalik persahabatan ini.