Siratan MakananSetiap hidupan memerlukan makanan untuk terus hidup. Hidupan memerlukan makanan sebagai sumber tenaga bagi menjalankan aktiviti. Hidupan juga saling bersandaran dari segi makanan. Apabila beberapa rantai makanan digabungkan, akan terbentuklah satu siratan makanan.Tabiat makan hidupan berbeza-beza. Melalui tabiat makan, kita dapat mengelaskan hidupan kepada herbivor, karnivor dan omnivor.Tumbuh-tumbuhan tidak bergantung pada benda lain untuk terus hidup. Tumbuh-tumbuhan sebenarnya boleh memproses makanan sendiri. Proses membuat makanan ini disebut proses fotosintesis.Selain itu, terdapat juga kumpulan tumbuhan karnivor. Kumpulan tumbuhan ini terdiri daripada spesies pokok periuk kera dan pokok perangkap lalat.Setiap hidupan di alam ini saling berhubung kait melalui makanan. Apabila suatu hidupan memakan hidupan yang lain, maka terbentuklah rantai makanan. Setiap rantai makanan terdiri daripada pengeluar dan pengguna. Pengeluar merupakan tumbuhan hijau yang boleh membuat makanannya sendiri. Pengguna ialah manusia atau haiwan yang tidak boleh membuat makanan sendiri.Kebanyakan hidupan tidak makan sejenis makanan sahaja. Hidupan banyak mempunyai punca makanan. Oleh itu, apabila beberapa rantai makanan digabungkan, maka terbentuklah satu siratan makanan.Dalam satu siratan makan, perubahan bilangan sesuatu hidupan akan memberikan kesan kepada bilangan hidupan yang lain. Contohnya, jika bilangan helang berkurangan, bilangan ular dan tikus akan bertambah kerana kurang diancam oleh pemangsanya.Oleh itu, siratan makanan sangat penting dalam mengawal keseimbangan alam. Melalui siratan makanan, bilangan sesuatu hidupan dikawal supaya tidak menjadi terlalu banyak atau terlalu sedikit. Keadaan ini memastikan sesuatu hidupan itu mempunayi cukup makanan untuk meneruskan kehidupannya.