Aku teringat sewaktu aku masih kecil lagi, iaitu sewaktu aku di sekolah rendah. Aku selalu berkelahi atau bergaduh dengan adik lelaki aku yang setahun lebih muda daripada aku. Puncanya sedikit sangat. Jika aku mendapat buah rambutan lebih, adik akan menangis dan meminta buah rambutan yang lebih itu diberikan kepadanya. Begitu juga keadaannya dengan perkara-perkara lain, kami akan berkelahi. Pendek kata tidak boleh berdekatan, kami akan bergaduh. Apabila semakin besar dan dewasa aku sedar bahawa bagaimana kami bergaduh pun akhirnya kami akan berbaik-baik semula. Malahan, kini kami menjadi begitu akrab sekali. Jika ada orang lain yang cuba menyakiti adik-beradik aku, aku juga akan terasa.