Sekali lagi bapa terkejut apabila kukatakan bahawa tapai ubi boleh dijadikan ubat pencegah kanser. Selama ini baginya tapai hanya untuk mengenyangkan perut. Tidak pernah terlintas dalam fikiran tuanya bahawa makanan tradisi turun-temurun itu dapat dijadikan ubat atau penawar penyakit, lebih-lebih lagi penyakit berbahay seperti kanser. Walaupun terkejut, bapa tidak memberikan reaksi besar selain tersenyum kerana tempahan tapainya meningkat. Pendapatan baap sudah pasti berlipat ganda sejak aku dan rakan-rakan memulakan kajian terhadap tapai ubi.