Dron atau pesawat tanpa pemandu (UAV) ialah pesawat tanpa juruterbang yang dikawaljauh oleh juruterbang, sama ada juruterbang ini berada di stesen kawalan atau UAVditerbangkan secara automatik berdasarkan penerbangan praprogram yang dirancang olehindividu yang pakar atau terlatih sahaja. Belakangan ini, keupayaan dron lebih terserlah setelahditingkatkan perkakasan kemudahan rakaman. Lantaran itu, seiring dengan perkembanganteknologi globalisasi pada hari ini, penggunaan dron menjadi pilihan pengkaji dalampelaksanaan aktiviti penyelidikan dan pengurusan perhutanan. Hal ini dikatakan sedemikiankerana dron dapat diubah suai daripada pelbagai aspek untuk membantu memberikan hasil yangterbaik.